Seorang anak sangat memerlukan kasih sayang dari ibu bapa mereka. Tapi kenapa susah untuk ibu bapa yang kadangkalanya sibuk,meluangkan sedikit masa dengan anak-anak? Alasan "sibuk dengan kerja" sebenarnya bukan alasan untuk tidak dapat meluangkan waktu dengan anak-anak. Tidakkah ibu bapa ketahui bahawa anak-anak adalah bagaikan permata? Semasa diawal perkahwinan,sepasang suami isteri itu akan sibuk untuk menginginkan anak. Tetapi kenapa kalau sudah mempunyai anak,merka sibuk pula mencari duit dan harta? Kenapa ibu bapa tidak sibuk menguruskan dan memberikan kasih sayang kepada anak mereka? Duit dan harta bukanlah perkara yang utama bagi kebahagiaan hidup tetapi,kasih sayang adalah yang paling utama.
Sama-samalah kita renungkan......
